Category: Bako

SEKUMPULAN PEMANCING DARI KAMPUNG GEOBILT YANG DILAPORKAN HILANG DI TEMUI SELAMAT

KUCHING, 9 September – Seluruh penduduk kampung Geobilt lega apabila 4 orang pemancing yang dilaporkan tidak pulang ke rumah pada pagi semalam ditemui selamat oleh penduduk kampung.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan dimana mangsa yang dikhuatiri hilang telah selamat tiba di jeti Kg Bako pada jam lebih kurang 10.30 pagi tadi.

“Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat. Ketika ditemui di kawasan perairan Pulau Lakei, mereka dikatakan sedang memancing dan tidak terdapat sebarang kecemasan atau kerosakan pada enjin bot.,” katanya lagi.

Operasi Mencari dan Menyelamat telah ditamatkan pada 10.30 pagi. Kesemua mangsa telah kembali kepada ahli keluarga masing-masing.

Pihak Maritim Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan seperti PPM, JBPM, APM dan tidak lupa juga kepada penduduk kampung yang telah keluar mencari mangsa.

4 ORANG PEMANCING KAMPUNG GEOBILT DILAPORKAN HILANG

KUCHING, 8 September – Sekumpulan pemancing dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar memancing sejak pagi semalam. Menerusi maklumat yang diterima dari pengadu, mangsa sering melakukan aktiviti memancing dan memukat di sekitar kawasan berhampiran Pulau Lakei, Kuching.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan, aduan telah dibuat sendiri oleh Puan Fadilawati Binti Karim menyatakan bahawa 4 orang ahli keluarga beliau telah keluar memancing iaitu Manja Bin Yusop (47 tahun), Hadip Bin Adam (36 tahun), Azuan Bin Zazul (26 tahun) dan Fatiha Ayuni Binti Aini (15 tahun) sepatutnya pulang memancing pada pagi ini tetapi masih lagi belum pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Pengadu telah membuat laporan polis pada 9.51 malam.

Kesemua mangsa dikatakan menaiki sebuah bot kayu berbumbung, berwarna biru-putih, enjin pam 7 kuasa kuda dan mempunyai panjang lebih kurang 20 kaki. Pengadu juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang kampung telah keluar bagi membantu mengesan mangsa yang hilang.

Maritim Negeri Sarawak telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada 10.40 malam dan menubuhkan Pengkalan Hadapan CARILAMAT(PHC) di jeti Kompleks Tun Abang Salahuddin(KOMTAS). Pihak Maritim Negeri Sarawak juga telah memaklumkan kepada PPM, JBPM dan APM bagi membantu operasi CARILAMAT mangsa hilang tersebut.

Maritim Negeri Sarawak memohon jika orang awam mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini agar menghubungi segera Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

4 LELAKI TERKANDAS KETIKA HIKING KE GUNONG SELABAS BAKO

KRONOLOGI

Pada 05/06/2019, sekumpulan seramai 7 orang menjalankan aktiviti untuk mendaki dan juga bermalam di tepi pantai Batu Payung.

Dalam perjalanan ,pelapor bersama 2 orang rakan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian dan balik. Namun 4 orang rakan beliau tetap meneruskan pendakian dan bermalam di Gunung Selabas.

Sehinggalah hari ini, pelapor maklum rakan mereka telah terkandas dalam hutan semasa perjalanan pulang dan sekarang berada tepi sungai.

06.06.2019 (Khamis) @5.58 petang

Kesemua mangsa yang terkandas telah berjaya dibawa keluar dari hutan bakau berkenaan oleh rakan mereka.

Pada pukul 8.45 malam tadi, 3 orang daripada rakan mereka telah masuk semula ke dalam hutan berpandukan GPS yang diberikan oleh mangsa yang terkandas sehinggalah menemui kesemua rakan mereka pada pukul 9.45 malam dan tiba di PKB pada pukul 11.05 malam.

Kesemua mangsa dilaporkan selamat.

Maklumat Mangsa Terkandas

1. Chin Poh seng (L)

2. Tow Jin Kui (L)

3. Lee Shak Chan (L)

4. Ho Ai Ping (P)- Kecederaan kaki