Category: Asajaya

74 LEPASAN STPM SMK ASAJAYA DITAWAR KE UNIVERSITI AWAM

Lokasi sekolah yang terletak di luar bandar bukanlah penghalang buat SMK Asajaya untuk melakar kejayaan merentas bidang sama ada akademik mahupun kokurikulum. Pihak sekolah baru-baru ini menganjurkan Majlis Kesyukuran Pelajar STPM dan SPM ke Universiti Awam 2019 bagi meraikan 77 pelajar berjaya ditawar ke IPTA.74 daripada pelajar adalah lepasan STPM dari 116 pelajar.

Majlis disempurnakan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak yang juga ADUN N15 Asajaya. Dalam ucapannya turut memuji usaha pihak pentadbir dan guru yang mengerah tenaga dalam memastikan kecemerlangan akademik sekolah pada tahap yang memberansangkan.

SMK Asajaya juga tidak ketinggalan dalam menjalinkan hubungan bersama komuniti dan agensi-agensi kerajaan yang boleh mendatangkan impak positif kepada sekolah. Penyertaan aktif kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan mampu menaikkan lagi nama sekolah di persada Sarawak.

Hadir sama, Puan Sanuyah Mohamad, Pegawai Tadbir Asajaya, Cikgu Awang Mohamad wakil Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan., Encik Bolhassan Bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMK Asajaya serta pemimpin pemimpin setempat.

#pecahrekod

#lakarsejarahkedua

#smkasajaya

Kredit : Arzimy Safian

OPS CEGAH DI KPG TAMBIRAT,KPG SRI TAJO,KPG REBAK,KPG PLAIE DAN KPG BARU DI KOTA SAMARAHAN DAN ASAJAYA : 5 LELAKI 2 PEREMPUAN POSITIF SYABU

Kota Samarahan, 20 Ogos 2019 – AADK Daerah Kota Samarahan telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Kota Samarahan dan Asajaya melibatkan beberapa kawasan kampung antaranya Kg. Tambirat, Kg. Sri Tajo, Kg. Rebak, Kg. Plaie dan Kg. Baru. Seramai 9 individu telah diperiksa (7 lelaki, 2 perempuan) dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 5 lelaki dan 2 perempuan didapati positif dadah jenis Syabu. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah