Category: Aduan

OPS CEGAH DI KPG TAMBIRAT,KPG SRI TAJO,KPG REBAK,KPG PLAIE DAN KPG BARU DI KOTA SAMARAHAN DAN ASAJAYA : 5 LELAKI 2 PEREMPUAN POSITIF SYABU

Kota Samarahan, 20 Ogos 2019 – AADK Daerah Kota Samarahan telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Kota Samarahan dan Asajaya melibatkan beberapa kawasan kampung antaranya Kg. Tambirat, Kg. Sri Tajo, Kg. Rebak, Kg. Plaie dan Kg. Baru. Seramai 9 individu telah diperiksa (7 lelaki, 2 perempuan) dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 5 lelaki dan 2 perempuan didapati positif dadah jenis Syabu. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

WARGA EMAS ANTARA 13 PENAGIH DIPERINTAH MENJALANI PEMULIHAN

Miri: Seramai 13 orang penagih berumur 24 hingga 62 tahun diperitahkan menjalani rawatan dan pemulihan kerana positif dadah jenis Methampetamine @ syabu dan disahkan oleh makmal patologi hospital Umum Kuching.

Kesemua mereka dirujuk kepada pegawai perubatan dan disahkan penagih. Perintah dijatuhkan oleh Majistret MD Syafique Bin MD Hilmie di Mahkamah Batu Niah semalam. Semua penagih berasal dari Bekenu dan Niah.

Lapan (8) orang didakwa mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983.

Kesemua tertuduh di perintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan dadah Kuching.

Selebihnya, termasuk seorang warga emas berumur 62 tahun, didakwa di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983, iaitu perintah pengawasan dalam komuniti.

Semua OKP disabitkan penagih perlu menjalani pengawasan selama dua tahun di AADK Daerah Daerah Miri manakala yang menjalani pemulihan di pusat pemulihan perlu melapor diri di AADK selepas bebas daripada pusat pemulihan.

Dalam kes berasingan, Seorang Ibu berumur 36 tahun dijatuhkan perintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (CCRC) Bachok, Kelantan oleh Mahkamah Majistret Miri.

TERKINI : REMAJA YG DILAPORKAN HILANG KETIKA MENCARI SIPUT BAKAU DI KAWASAN SG KANGKA SAMPADI LUNDU TELAH DI JUMPAI SELAMAT

SEORANG remaja Jasson ak Jimbat 18 tahun dari Kampong Kangka Sampadi Lundu yg dilaporkan hilang petang semalam telah di temui Selamat pada tengahari tadi.

Mangsa dikatakan telah keluar bersama bapa nya utk mencari siput bakau di kawasan Sungai Kangka Sempadi pada pukul 3 petang semalam.Semasa mencari siput, mangsa berada tidak jauh dari perahu yg dinaiki mereka.Kali terakhir ayah nya melihat anaknya telah keluar ke tebing sungai.

Setelah selesai mencari siput, ayah nya pun kembali ke perahu dan mendapati Anak nya tiada lagi di situ.

Ayah nya terserempak dgn beberapa penduduk kampong yg mencari ketam dan mereka berusaha mencari mangsa.Pencarian terpaksa dihentikan pada pukul 5 petang kerana hari sudah gelap.

Ops SAR bermula awal pagi tadi dan mangsa telah ditemui pada pukul 12 petang tadi.

6 DITAHAN POSITIF SYABU DI KPG PULAU SALAK KUCHING

KUCHING: Seramai 5 lelaki dan seorang wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN ) dalam satu operasi ‘Ops Bersepadu’ di sini pada 16 Ogos 2019.

Ketua Operasi En Lalang berkata kesemua suspek berusia antara 20 hingga 30 an didapati positif dadah jenis Methamphetamine dalam saringan awal ujian urin.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan dari pukul 8.00 Malam semalam sehingga 12.45 pagi hari ini di Kampung Pulau Salak.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Komuniti kita tanggungjawab kita

#perangidadahhabishabisan

4 LELAKI POSITIF SYABU DI TAHAN DI SADONG JAYA

Operasi aduan awam Dan ops cegah di kawasan daerah kecil sadong jaya. Seramai 5 orang diperiksa Dan menjalani ujian saringan air kencing. 4 orang daripadanya positif dadah jenis meth ( syabu ). Ke empat empat orang yang disyaki disiasat di bawah seksyen 3 (1 )Akta Penagih Dadah ( rawatan dan pemulihan ) 1983.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

4 LELAKI DI TAHAN POSTIF DADAH DI BINTULU

7 Ogos 2019 – Operasi Ops Cegah yang dijalankan di sekitar pasar lama Bintulu dan kampung baru Bintulu telah berjaya menahan seramai 5 orang yang disyaki sebagai penagih dadah.

Kesemua saspek telah menjalankan ujian air kencing. Hasil daripada ujian yang dijalankan, 4 saspek telah positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat jarum suntikan dan senjata di dalam beg salah seorang saspek yang menurutnya bagi tujuan pertahanan diri.