Category: AADK Sarawak

SEORANG REMAJA DIPENJARA DAN 4 REMAJA DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN

SERIAN : 10.10.2019 (Khamis) Mahkamah Serian telah memerintahkan 4 orang lelaki berusia lingkungan 20 an hingga 30an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan Seorang lelaki berusia lingkungan 20an dijatuh hukuman penjara 6 bulan di penjara puncak borneo dibawah seksyen 6(2) Akta Rawatan Dan Pemulihan 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

KREDIT : AADK SERIAN

7 LELAKI DI TAHAN POSITIF SYABU DI SERIAN

SERIAN, 17 Sept 2019 – AADK Daerah Serian telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Serian. Seramai 12 individu telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 7 lelaki didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 15 sehingga 52 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

11 PENAGIH DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN

BETONG : 13.9.2019( Jumaat ) Mahkamah Betong telah memerintahkan 4 orang lelaki berusia lingkungan 20an hingga 30an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan Manakala juga 7 lagi lelaki berusia lingkungan 20-40an diperintahkan untuk menjalani rawatan dalam Komuniti (Pengawasan) dibawah seksyen 6(1)(b) Akta Rawatan Dan Pemulihan 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

KREDIT : AADK BETONG

PEGAWAI AADK SIBU CEDERA DITIKAM SEMASA BERTUGAS

MENURUT KETUA PEG AADK SIBU SEMASA BERADA DI RUMAH ALAMAT SEPERTI DIATAS SAYA TELAH MENERIMA PANGGILAN TELEFON DARI ANGGOTA AADK BERNAMA JUING ANAK GARAI MEMINTA SUPAYA SAYA DATANG KE PUSAT KHIDMAT AADK (CCSC DAERAH SIBU) NO 38 JALAN ULU LANANG, 96000 SIBU KERANA DIA DALAM KEADAAN BERDARAH. SELEPAS ITU SAYA TERUS MENGHUBUNGI ANGGOTA AADK YANG LAIN SUPAYA MENGHALA KE LOKASI TERSEBUT UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN. PADA JAM LKURANG 2030 HRS, SAYA TELAH SAMPAI KE LOKASI TERSEBUT DAN SAYA MELIHAT ANGGOTA AADK BERNAMA JUING ANAK GARAI DALAM KEADAAN BERDARAH DI BAHAGIAN DADA SAMBIL MENGERANG KESAKITAN SETELAH ITU SAYA TERUS MENGARAHKAN ANGGOTA YANG LAIN SUPAYA MENGHUBUNGI AMBULANS UNTUK MEMINTA BANTUAN. SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH JUING ANAK GARAI BAHAWA KLIEN PUSAT KHIDMAT CCSC BERNAMA RAYMOND TELAH MENIKAM DADANYA (SENJATA TIDAK DINYATAKAN) APABILA AMBULANS SAMPAI ANGGOTA SAYA TERSEBUT TELAH DIBAWA KE HOSPITAL SIBU UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA SAYA BERSAMA ANGGOTA ADDK YANG LAIN JUGA ADA MEMBUAT PEMERIKSAAN DAN MENDAPATI M/SIKAL MILIK JUING ANAK GARAI JENIS HONDA WAVE WARNA MERAH (SPORT RIM OREN) NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI TIADA DI PARKING DI DALAM PREMIS SELAIN DARIPADA ITU, KAMI JUGA MENEMUI BEG SILANG DALAM KEADAAN KOSONG MILIK JUING ANAK GARAI DI BAWAH TANGGA.

SEMOGA CEPAT SEMBUH

NENEK ANTARA 32 YANG DITAHAN POSITIF SYABU DIMIRI

MIRI. : Seramai 31 lelaki dan seorang wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam satu operasi ‘Ops OSC MIDS ( Subis ) Bil.82018 dengan kerjasama PDRM Balai Batu niah Dan Bekenu, SPRM Miri, JKP & Rela Miri di sini pada 29-30 Ogos 2019.

Ketua AADK Miri En Mazalan Bin Jikran berkata daripada 39 orang suspek yang diurin 32 orang suspek berusia antara 17 hingga 50an didapati positif dadah jenis Methamphetamine @syabu dalam saringan awal ujian urin.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan dari pukul 11.30 semalam sehingga 7.00 pagi hari ini di Niah dan bekenu Miri.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

AADK MIRI CEKUP 27 PENAGIH DI MIRI

MIRI. : Seramai 26 lelaki dan seorang wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam satu operasi ‘Ops OSC MIDS di sini pada 23 Ogos 2019.

Ketua AADK Miri En Mazalan Bin Jikran berkata 26 suspek berusia antara 17 hingga 34 tahun disahkan positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang lagi positif Ganja (thc)

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan dari pukul 11.30 semalam sehingga 5.30 pagi hari ini di Taman Tunku dan Lambir Miri.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

OPS CEGAH DI KPG TAMBIRAT,KPG SRI TAJO,KPG REBAK,KPG PLAIE DAN KPG BARU DI KOTA SAMARAHAN DAN ASAJAYA : 5 LELAKI 2 PEREMPUAN POSITIF SYABU

Kota Samarahan, 20 Ogos 2019 – AADK Daerah Kota Samarahan telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Kota Samarahan dan Asajaya melibatkan beberapa kawasan kampung antaranya Kg. Tambirat, Kg. Sri Tajo, Kg. Rebak, Kg. Plaie dan Kg. Baru. Seramai 9 individu telah diperiksa (7 lelaki, 2 perempuan) dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 5 lelaki dan 2 perempuan didapati positif dadah jenis Syabu. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah