PROGRAM” PREVENTIVE SAR” DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

TANJUNG MANIS, 22 Januari – Zon Maritim Tanjung Manis telah melaksanakan Program “Preventive SAR” sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina.

Program ini adalah bertujuan untuk mendekati penguasa/pemilik dan para pengguna perkhidmatan bot/feri express agar sentiasa peka terhadap keselamatan mereka semasa membawa penumpang dan pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Penggunaan Jaket Keselamatan “Life Jacket” harus sentiasa dipratikkan di kalangan para penumpang bot/feri express agar menjadi kebiasaan kepada mereka. Pengagihan dan penyampaian maklumat dengan menggunakan ‘flyers’ digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai program ini dilancarkan.

Program ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan, Leftenan Madya Maritim Jeffery anak Amping dan turut dibantu oleh 15 orang pegawai dan anggota termasuk 2 orang pegawai dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Cawangan Tanjung Manis.

Pihak APMM, Zon Maritim Tanjung Manis mengucapkan berbanyak-banyak perhargaan terima kasih di atas kerjasama yang baik daripada pihak Pemilik/Pengusaha bot dan feri penumpang semasa pemeriksaan dijalankan.

Maritim Negeri Sarawak akan sentiasa meneruskan Rutin Pemeriksaan ke atas lesen bot/feri, Alat Pemadam Api dan Jaket Keselamatan “Life Jacket” agar sentiasa mencukupi, dikemaskini dan selamat digunapakai pada setiap masa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.