Wakil rakyat dan NGO anjur program Back to School, ringankan beban ibu bapa

Setiap awal sesi persekolahan, ibu bapalah yang paling sibuk dengan persiapan untuk anak-anak.

Beli pakaian seragam, beg sekolah, alat tulis dan gunting rambut.

Bagi ibu bapa dari golongan kurang berkemampuan dan anak-anak ramai, sudah pasti permulaan sesi persekolahan agak mencabar dari aspek kewangan.

Justeru, wakil-wakil rakyat dan NGO-NGO yang prihatin dan amat menitikberatkan pendidikan generasi muda, mereka membantu dengan pelbagai cara.

Ada yang mengadakan program bergunting rambut percuma, dan ada membantu membeli pakaian dan peralatan sekolah.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, YB Yusuf Abd Wahab menghulurkan bantuan kepada tiga anak yatim piatu di kawasannya – Bintangor.

Dia membawa Aisah binti Abdullah,
Nuraisyah binti Abdullah dan Osman bin Kipli membeli pakaian seragam dan peralatan sekolah.

Program Balik ke Sekolah pada 29 Disember 2019 itu turut menyaksikan YB Yusuf menyampaikan wang saku kepada tiga yang terbabit.

Manakala pada 25 Disember 2019, di Bintangor, Pemuda PBB N46 Maradong menganjurkan program Gunting Rambut Percuma.

Ia mendapat sambutan amat menggalakkan.

Meneruskan misi membantu meringankan beban ibu bapa, Saberkas Cawangan N42 Semop akan mengadakan program gunting rambut secara percuma untuk murid sekolah pada 30 Disember 2019.

Program itu diadakan mengikut zon.

Zon 1. PALOH, Kedang, Berangan.
Zon 2. KUT, Saai, Semop, Serdeng.
Zon 3.Penuai, Penibong, Betanak dan Salah Kecil.
Zon 4. Penipah, Tekajong, Bruit.

Tukang gunting dari zon-zon berkenaan akan bergerak dari kampung ke kampung.

Tempat gunting rambut ialah di dewan atau sekolah.

Begitu juga di Dalat, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dalat menganjurkan perkhidmatan menggunting rambut percuma.

Ia diadakan di dua lokasi, Oya Square di pekan Oya dan Waterfront di pekan Dalat pada 31 Disember ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.