Program gunting rambut percuma menerima sambutan amat menggalakkan

BINTANGOR: Sambutan begitu menggalakkan terhadap Program Kembali Bersekolah (Gunting Rambut Percuma) menyebabkan penganjur melanjutkan masa ke 1.45 petang berbanding asal jam 12 tengah hari.

Jurucakap penganjur, Pemuda PBB N46 Maradong, Zaini Busrah berkata kira-kira 50 pelajar dari sekitar pekan ini menyertai program yang diadakan di gerai di Tebingan Sungai Rejang, Bintangor yang bermula jam 9 pagi, hari ini.

“Tujuan kita mengadakan program ini ialah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan dengan memberi perkhidmatan menggunting rambut secara percuma.

“Ia juga dapat membantu mengeratkan hubungan dengan belia tempatan yang berkecimpung dalam perniagaan mengunting rambut,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa yang menemani anak-anak mereka turut memberi maklum balas positif, dan mahu program ini diteruskan pada masa depan.

Hadir sama, Kaunselor Halmi Morsili yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB Sarawak dan Kaunselor Johari Majid.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.