PECAH TANAH PERASMIAN JAMBATAN TASIK BIRU

BAU: Projek Jambatan Tasik Biru bernilai RM1 juta sebagai mercu tarikan Daerah Bau pada masa akan datang.

Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru dan Perasmian Pesta Tasik Biru disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi pagi ini.

Projek pembinaan jambatan pejalan kaki tersebut panjang 60 meter merentasi kolam tasik biru dijangka siap penghujung tahun depan.

Adun Tasik Biru, Dato Henry Harry Anak Jinep berkata, jambatan berkenaan bakal mengembalikan nostalgia Tasik Biru sebagai ikon pelancongan Daerah Bau.

“Jambatan ini sebagai tarikan kepada pengunjung yang mengunjungi Tasik Biru yang menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

Beliau berkata, reka bentuk jambatan berkenaan bersamaan dengan jambatan di Daerah Waihi di New Zealand.

Leave a Reply