PESTA TASIK BIRU 2019

Persiapan berjalan lancar, jom berkampung ke Bau esok

BAU: Persiapan penganjuran Pesta Tasik Biru 2019 berjalan lancar. Jangan lupa bertandang ke Daerah Bau untuk menyaksikan Pesta Tasik Biru.

Adun Tasik Biru, Dato Henry Harry Anak Jinep hadir pada Majlis Raptai untuk melihat persiapan kelancaran Perasmian Pesta Tasik Biru dan Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru di pentas utama tempat penganjuran Pesta Tasik Biru 2019.

Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru dan Perasmian Pesta Tasik Biru akan disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi pada esok.

Pelbagai acara berlangsung iaitu pertandingan jong regata dan jong cantik yang popular di kalangan masyarakat tempatan.

Selain itu, turut berlangsung pentas rakyat dan persembahan kebudayaan, pertandingan Mr, Mrs Talent Bau Tasik Biru dan Zumba.

Acara jadi tarikan sukan rakyat, gusti lengan, pertandingan e-sports, Kasus Saberkas Tasik Biru dan Bau boat ride tour.

Program pengisian bagi memeriahkan Pesta Bau ialah jualan hasil tani, kraf tangan dan usahwan pertanian, pameran agensi kerajaan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Bau Anielia Sitam turut hadir pada majlis tersebut.

Leave a Reply