Pesta Nanas Sarikei dijangka lebih meriah

Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei kini kembali lagi dengan sasaran pengunjung 100,000 orang.

Bertempat di pusat bandar Sarikei, ia diadakan pada 22 November hingga 1 Disember dengan membabitkan 201 gerai.

Penganjuran tahun ke-16 ini diisi dengan enam komponen utama seperti produk dan perkhidmatan, keusahawanan dan perdagangan, pendidikan, pertandingan, kebudayaan dan hiburan serta sukan dan rekreasi.

“Kita juga menyasarkan jumlah jualan RM1.5 juta bagi penganjuran kali ini kerana tahun lepas kita berjaya memperolehi jualan RM1.4 juta,” katanya pada sidang media di Kuching, pada 18 November.

Penganjuran pesta tersebut merupakan pendekatan dan tindakan Kerajaan Sarawak untuk mempromosikan Sarikei sebagai bahagian pengeluar makanan.

“Sejak dahulu kita sudah nampak iaitu dari segi sejarah, Sarikei terkenal dengan pengeluaran lada, limau dan nanas,” katanya.

Penganjuran ini diterajui Pejabat Residen Sarikei.

Leave a Reply