KELAB BELIA BERSATU SAGENG BOLOT RM20,000.00

KUCHING: Kelab Belia Bersatu Sageng dinobat johan Pertandingan Pintu Gerbang Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M peringkat Daerah Simunjan.

Dengan kemenangan itu, Kelab Belia Bersatu Sageng menerima wang tunai RM20,000 dan piala.

Manakala, naib johan dimenangi JKKK Kampung Sageng Sabal yang nenerima RM15,000 dan Kelab Kebajikan Sageng Sabal tempat ketiga (RM10,000).

Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Pemuda N.25 Simunjan (RM5,000) dan Surau Darul Iman (RM5,000).

Sebanyak 12 pasukan menyertai pertandingan pintu gerbang terbuka untuk kawasan Dun Simunjan.

Hadiah disampaikan oleh Adun Simunjan Awla Dris dan Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri.

Wakil Pusat Khidmat Dun Simunjan, Mohd Zaini Morshidi berkata, objektif pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M peringkat Daerah Simunjan.

“Dengan adanya pertandingan ini nanti dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta dan dapat mewujudkan suasana kerjasama masyarakat setempat.

“Di samping itu pertandingan ini adalah bertujuan mengimarahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan.

“Pertandingan yang diadili selama tiga malam dapat menarik perhatian masyarakat setempat hadir di Padang Sentral Simunjan bagi memeriahkan pertandingan tersebut.

“Pertandingan buat tahun yang kedua ini sangat meriah dan disertai kebanyakan daripada belia kawasan Dun Simunjan,” katanya.

Leave a Reply