DUA PASANG SUAMI ISTERI ANTARA 26 PENAGIH POSITIF SYABU DI MIRI

MIRI. : Seramai 26 orang termasuk 2 pasang suami isteri ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam satu operasi Perdana AADK Miri di kawasan OSC MIDS Daerah Miri Dan Subis dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) dan RELA Miri di sini operasi bermula 2 November dan berakhir hari ini.

Ketua AADK Miri En Mazlan Bin Jikran berkata daripada 32 orang suspek yang diurin 26 orang suspek berusia antara 14 hingga 58 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine @syabu dalam saringan awal ujian urin.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di kawasan Bekenu melibatkan kawasan Kampung Rancah – Rancah, Kampung Dagang, Kampung Satap, Kampung Tiris, Kampung Bekenu Asli, Kampung Opak, Kampung Bulau, Kampung Terahad, Kampung Sepurau, Kampung Kawang, Kampung Selanyau, Kampung Kelapa dan Kampung Jengalas.

Pasangan suami isteri muda berumur 20 Isteri 18 tahun amat merisaukan keluarga. Pasangan suami isteri kedua berumur 35 dan 31 tahun terkejut dengan kehadiran pihak penguatkuasaan dan aktiviti penagihan mereka terbongkar di hadapan ahli Keluarga.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Fakta menarik:

6 orang remaja berumur 14 – 19 tahun positif dadah. Rata – rata ahli Keluarga mengetahui mereka terlibat dengan dadah dan diberi peluang untuk berubah. keputusan ujian Saringan air kencing mengecewakan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s