BUNUH PENIAGA, TERTUDUH DIREMAN PENJARA SEHINGGA SEBUTAN SEMULA KES

Lelaki Indonesia yang berdepan tuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan diperintah menjalani tahanan reman lanjut di Penjara Limbang.

Tertuduh, Hendri dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang, pagi tadi untuk mendengar pertuduhan kes yang disabitkan ke atasnya.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zulfadhli Tuah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan kes, Hendri yang memasuki Malaysia dari negara jiran, Brunei Darussalam pada 19 Oktober lalu dan bermalam di kaki lima kedai bebas cukai di pekan Tedungan telah bertindak menikam bertubi-tubi di bahagian depan dan belakang seorang peniaga berusia 62 tahun, menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 8 inci.

Tertuduh yang berang dengan mangsa yang memaki hamunnya setelah meminta sedikit wang untuk tambang ke Limbang, melakukan perbuatan tersebut pada pagi, 20 Oktober lepas di kawasan parkir kenderaan berdepan kedai bebas cukai pekan Tedungan, Limbang.

Mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan di Penjara Limbang sementara menunggu laporan kimia dan perubatan siap.

Kes disebut semula pada 28 November jam 9.00 pagi.

Kredit Discover Lawas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s