Sarawak Tempat Ke Dua Keseluruhan 10th TM WTF-NSC-MILO National Junior Taekwondo Championship 2019

LUNDU – Sarawak mendapat tempat ke dua keseluruhan 10th TM WTF-NSC-MILO National Junior Taekwando Championship 2019 dengan kutipan sebanyak 6 emas, 9 perak dan 21 gangsa. Juara dari Koryo TKD Club meraih kutipan sebanyak 17 emas, 12 perak dan 16 gangsa.

Sebanyak 28 penyertaan dari setiap negeri dan kelab terkemuka seluruh Malaysia berkampung selama tiga hari di SALCRA Bajo Training Centre Lundu bermula 18-20 Oktober.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, YB Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu dalam teks ucapan nya yang dibaca oleh Pegawai Daerah Lundu, Encik Gustian Hj Durani berterima kasih kepada yang Persatuan Tekwondo Malaysia dan Persatuan Tekwondo Sarawak yang di pengerusi oleh anak beliau sendiri saudara Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan Satem yang menganjurkan program itu julung kali diadakan di Lundu pada Majlis Penangguhan 10th TM WTF-NSC-MILO National Junior Taekwando Championship 2019 di SALCRA Bajo Training Centre Lundu hari ini.

Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan Satem dalam ucapan alu-aluan beliau mengucapkan terima-kasih atas kerjasama semua pihak terutama Persatuan Tekwondo Malaysia dan Sarawak dibantu oleh Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu kerana merealisasikan kejohanan tersebut.

‘Terima kasih kepada para peserta dan Ibu-bapa yang datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini. Ambil peluang untuk bertandang ke Taman Negara Lundu yang tidak jauh dari Pekan Lundu dan pantainya yang cantik tidak jauh dari SALCRA Bajo Training Centre Lundu. ‘

‘ Jika di Sabah, Kudat merupakan ‘Tip Of Borneo’ di Sarawak Telok Melano yang terdapat di N3 Tanjong Datu dikenali sebagai ‘The Beginning of Borneo’. Selepas pertandingan ini jemput datang lagi untuk menikmati alam semulajadi dan pantai yang paling cantik di Sarawak. ‘

Majlis turut dihadiri oleh Vice president of Tekwondo Malaysia, Grandmaster Kriashmuthy. Master Dhanraj Rassiah, National Technical Chairman Tekwando Malaysia dan Grandmaster Tan Check Joon dari Persatuan Tekwondo Negeri Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s