ABDULLAH: USAH BENTANGKAN ‘BELANJAWAN GIMIK POLITIK’

Lain pula yang diharapkan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, YB Abdullah Haji Saidol menjelang pembentangan Belanjawan 2020.

Mana tak lainnya, dia mahu belanjawan tidak diwarnai dengan gimik politik.

“Tolong ketepikan gimik politik dalam pembentangan belanjawan. Kepentingan negara dan rakyat perlu diutamakan,” katanya ketika disoal mengenai harapan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober 2019.

Apa yang beliau harapkan menerusi belanjawan, ia bukan sekadar berkiblat ke arah kesejahteraan rakyat tetapi juga satu struktur belanjawan jujur dan ikhlas.

Belanjawan merupakan rancangan perbelanjaan dan kewangan yang amat mustahak kerana ia bukan akan hanya dinilai oleh rakyat Malaysia tetapi juga pelabur asing dan pengurus dana, jelas YB Abdullah.

“Menteri Kewangan tidak hanya bertanggungjawab membentangkan belanjawan meyakinkan bagi membolehkan pembangunan dilakukan dalam negara kita, tetapi juga memperkenalkan polisi ekonomi dapat diyakini dan mampu dicapai yang akan memberi gambaran kewangan negara diurus dengan sempurna,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri N.42 Semop berkata sebagai Wakil Rakyat mewakili kawasan luar bandar sudah pasti beliau mahu pelaksanaan pembangunan di kawasan ini diutamakan.

Misalnya pembinaan klinik baru, balai bomba dan balai polis dan lain-lain di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Infrastruktur pendidikan seperti bangunan bilik darjah, kuarters guru, asrama pelajar dan kemudahan sukan amat mustahak diberi peruntukan untuk memperbaikinya.

Mengenai nelayan dan petani, beliau mahu diwujudkan atau dipelbagaikan lagi pembiayaan khas bagi membela golongan ini.

“Peranan mereka penting dalam membekal sumber makanan kepada masyarakat.

“Kebergantungan dengan makanan impot akan merugikan negara. Kerajaan mesti memperkenalkan polisi bagi mengalakkan penyertaan warga muda dalam sektor pertanian dan penangkapan hasil laut,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s