Banteras gejala sosial tanggungjawab bersama

YB Abdullah Haji Saidol, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, pada 5 Oktober 2019 merasmikan Program Basmi Jenayah dan Anti Dadah di Bintangor.

Ia merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Meradong, Balai Polis Daerah Meradong, AADK, Saberkas Meradong, Pemuda PBB Meradong dan Squad Sayang Wanita PBB Meradong.

Program yang turut dihadiri Pegawai Daerah Meradong Baijuri Bidin, Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Encik Abu Seman Jahwie dan Teng Ung Woo, ketua kaum dan tuai rumah dari kawasan sekitar.

YB Abdullah yang juga ADUN N.42 Semop ketika berucap berkata ketua masyarakat harus peka dan bijak menangani gejala sosial sama ada di peringkat kampung dan rumah panjang.

Justeru, mereka perlu mengenal pasti ruang kelemahan yang membawa kepada penularan jenayah, merangka langkah membendungnya selain mencegah melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

Dalam memerangi gelaja ini, ketua masyarakat tidak boleh berseorangan sebaliknya mereka perlu menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dengan agensi seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Rela dan KRT,” katanya.

Beliau berkata, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Saberkas dan kelab-kelab belia harus lebih aktif mengadakan pelbagai program bersesuaian bagi menarik penyertaan lebih ramai golongan muda.

Program seperti sukan, keusahawanan, kerjaya, kem motivasi dan lain-lain lagi bukan sahaja memberi manfaat besar kepada generasi muda tetapi juga mampu mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.

“Wakil rakyat GPS sentiasa diingatkan agar tidak mengabai pembangunan kerohanian dan modal insan terutama dalam kalangan warga belia,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s