Bina dan naik taraf jalan perhubungan darat terus mendapat perhatian Kerajaan Sarawak

PADA 29 September 2019, Majlis Perasmian Projek Membina Jalan Baru Tatau Ke Kuala Tatau dan Menaik Taraf Jalan Kelebu Ke Rumah Ado Tatau di Tatau, Bintulu telah disempurnakan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Menteri Muda Pengangkutan YB Datuk Julaihi Narawi yang turut hadir, dalam ucapannya berkata dua projek merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memantapkan lagi jaringan perhubungan darat di Sarawak.
Bagi projek Pembinaan Jalan Baru Tatau ke Kuala Tatau, Kerajaan Sarawak telah meluluskan nilai skim sebanyak RM200 Juta yang melibatkan jajaran sepanjang 30km.

Dua kilometer pertama merupakan jalan sedia ada dan selebihnya merupakan jajaran baru.

“Projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 1,600 orang penduduk sekitar kawasan tersebut. Projek ini akan menyediakan perhubungan yang lebih mudah dan selesa ke Kuala Tatau dari Pekan Tatau atau sebaliknya,” jelasnya.

Bagi fasa pertama, skop kerja adalah untuk membina jalan sepanjang tujuh kilometer dengan siling sebanyak RM39 juta pada Rancangan Malaysia ke-11 dan selebihnya akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia ke-12.

Projek ini dilaksanakan oleh Kemena Holding Sdn Bhd yang mengambil masa selama 24 bulan dengan kontrak berjumlah RM 28 Juta dan telah bermula pada 27 Februari 2019.

Pada masa ini, kerja-kerja penyediaan tapak sedang dijalankan. Kemajuan kerja setakat ogos 2019 adalah sebanyak 2.80%.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 26 Februari 2021.

Bagi projek Menaiktaraf Jalan Kelebu ke Rumah Ado pula, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM25 Juta yang melibatkan jajaran sedia ada sepanjang 33.6 kilometer.

Projek ini dilaksanakan dalam jangkamasa 20 bulan oleh Juara Beetuah Sdn. Bhd. dengan kontrak berjumlah RM17 Juta. Projek ini telah bermula pada 28 Februari 2019 dan dijangka siap pada 27 Oktober 2020.

Pada masa ini kemajuan kerja adalah sebanyak 12.50% dan kerja pembersihan tapak, kerja tanah dan juga kerja ukur tanah sedang dijalankan.

“Lebih daripada 2,630 orang penduduk akan menerima faedah kemudahan jalan yang lebih selamat dan selesa untuk menjalankan kerja ekonomi seharian serta memudahkan anak-anak ke sekolah,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s