800 penduduk bakal menikmati manfaat siapnya Jalan Nanga Semah-Penasu, Daro

YB Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak pada 28 September 2019 menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Jalan Nanga Semah- Kampung Penasu, Daro.

Setelah siap kelak, ia bakal memberi manfaat kepada kira-kira 800 penduduk dari enam rumah panjang dan 76 rumah di Kampung Penasu.

Selain menggantikan pengangkutan sungai, siapnya jalan raya jenis R 3 dua lorong sepanjang 10.5km itu, taraf sosioekonomi penduduk juga dijangka meningkat.

Keseluruhan kos pembinaan dan bayaran pampasan tanah serta kos kerja ukur tanah ialah RM45 juta.

RM36 juta untuk pembinaan jalan.

Manakala bakinya adalah untuk kos kerja kerja ukur tanah dan bayaran pampasan tanah yang terlibat dalam pembinaan.

Ia dibina menggunakan sepenuhnya dana Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Majlis itu juga dihadiri YB Shafiee Ahmad, ADUN Daro; Hj Kernil Jeraiee, SU Politik Ketua Menteri; Encik Chok, Pengarah DID Sarawak; dan Bujang Rahman, Pegawai Daerah Daro.

Leave a Reply