BACAAN IPU KINI BOLEH DIREKODKAN DI KAWASAN SERIAN

SERIAN: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kini boleh direkodkan di Daerah Serian selepas kerja-kerja pemasangan Mobile CAQM 002 Kenyalang siap.

Menurut Jurutera Operasi Pakar Scieno Tw Sdn Bhd Mohamad Daut bin Bolhir, mesin CAQM 002 Kenyalang ini dibawa khas dari Miri untuk membaca kualiti udara di Daerah Serian yang dikatakan tinggi dalam tempoh dua minggu ini.

“Alat yang dipanggil Mobile CAQM 002 Kenyalang ini dibawa dari SK Kuala Baram 2 kerana permintaan daripada penduduk Serian untuk memantau kualiti udara setiap hari di Serian ini yang dikatakan tinggi.

“Ianya sampai pada Ahad dan pagi ini (semalam) kita mula memasangnya bagi membolehkan bacaan IPU dapat dilakukan di Daerah Serian ini.

“Alat ini dijangka dapat mengukur bacaan kualiti udara pada hari Selasa selepas tempoh 24 jam mesin tersebut berfungsi,” katanya semasa ditemui selepas melakukan kerja-kerja pemasangan alat Mobile CAQM 002 Kenyalang itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Daut turut menjelaskan Mobile CAQM 002 Kenyalang itu sebelum ini telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan digunakan bagi membaca kualiti udara selepas Miri dilanda jerebu pada awal ini.

“Semasa di Miri, telah berlaku kebakaran di dua kawasan dan mereka mahu mengisytiharkan SK Kuala Baram itu ditutup, tetapi tiada sumber yang mengatakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) itu tinggi untuk mereka berbuat demikian.

“Atas sebab itu, Mobile CAQM 002 Kenyalang itu diletakkan di SK Kuala Baram 2.

“Seperti hari ini (semalam), apabila bacaan IPU itu merekodkan melebihi 200, sekolah boleh ditutup,” ujarnya.

Hadir sama Residen Bahagian Serian Tuan Johnathan Lugoh, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahagian Serian James anak Gani, wakil Ketua Polis Daerah (KPD) ASP Alias bin Nen dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kapten (PA) Josten Ringin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s