OPERASI PEMADAMAN HUTAN TANAH GAMBUT DI SRI AMAN HARI INI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH WATER BOMBING TELAH BERJAYA DILAKUKAN

KUCHING, 22 SEP (AHAD) – Operasi pemadaman hutan tanah gambut di Sri Aman hari ini dengan menggunakan pesawat CL-415 Bombardier APMM telah berjaya dilakukan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah memaklumkan operasi yang sama telah dilakukan pada 18 dan 21 September tetapi gagal akibat daripada pesawat tidak dapat melakukan operasi water scooping disebabkan (1) Lokasi sesuai untuk pesawat melakukan water scooping terdapat pukat nelayan dan tidak mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan untuk mengalihkan pukat tersebut selain itu terdapat objek yang meragukan di dalam sungai, pesawat mengambil keputusan untuk tidak melakukan operasi water scooping kerana berpendapat ianya akan merisikokan pesawat dan anak kapal (2) Pihak Bomba yang membuat tinjauan selepas itu memaklumkan objek meragukan tersebut adalah pancang dan tidak dapat dibuang.

Operasi hari ini telah membuahkan hasil dengan mencedok air sebanyak 10 kali dengan jumlah 60 ribu liter air telah disembur di kawasan terbakar iaitu kpg STC, Sri Aman. Operasi yang bermula pada jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari sedikit sebanyak dapat memadam kebakaran hutan sekaligus menurunkan bacaan IPU.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua agensi yang bertungkus lumus dalam menjayakan operasi pemadaman dan pembenihan awan terutamanya JBPM, APMM, METMALAYSIA, APM, TUDM, KWB, JKR, ATM, DID, PDRM dan Residen Sri Aman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s