Jambatan Muara Lassa, daripada GPS kepada rakyat

YB Datuk Julaihi Narawi berkata projek Jambatan Muara Lassa, Daro merupakan salah satu Projek
Rakyat yang telah diumumkan oleh Ketua
Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 16 Julai 2017 ketika lawatan beliau di Daro untuk Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak itu berkata pihaknya dan JKR Sarawak tanpa berlengah lagi, melawat Daro pada 26 Julai 2017 untuk menjalankan sesi dialog bersama warga Daro untuk menentukan kedudukan Jambatan Muara Lassa.

“Majlis Pecah Tanah ini merupakan bukti kegigihan kerajaan GPS merealisasikan impian penduduk Daro yang setia dan gigih dalam menyokong kerajaan GPS dan aspirasi GPS untuk membangunkan Negeri Sarawak.

“Untuk makluman semua, majlis pecah tanah hari ini adalah majlis yang ketiga bagi jambatan dan jalan pesisir baru yang dibina di laluan jalan pesisir Sarawak,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan jambatan ini di Daro, Ahad, 8 September 2019.

Jambatan Muara Lassa berharga RM597.6 juta sepanjang 2.43 kilometer akan menghubungkan Pulau Bruit dengan Pekan Daro.

“Kos yang saya sebutkan tadi (RM597.6 juta) merupakan bajet kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sendiri yang InsyaAllah dijadualkan siap dalam jangka masa 48 bulan,” katanya.

Menurutnya lagi, selain Jambatan Muara Lassa yang terletak di Bahagian Mukah, di Lembah Rajang Hilir ini juga akan dibina Jambatan Paloh, Kuala Igan dan Jambatan Batang Rajang di laluan pesisir baru dari Jalan Pasi, Bahagian Sarikei ke Tanjung Manis Bahagian Mukah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s