4 ORANG PEMANCING KAMPUNG GEOBILT DILAPORKAN HILANG

KUCHING, 8 September – Sekumpulan pemancing dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar memancing sejak pagi semalam. Menerusi maklumat yang diterima dari pengadu, mangsa sering melakukan aktiviti memancing dan memukat di sekitar kawasan berhampiran Pulau Lakei, Kuching.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan, aduan telah dibuat sendiri oleh Puan Fadilawati Binti Karim menyatakan bahawa 4 orang ahli keluarga beliau telah keluar memancing iaitu Manja Bin Yusop (47 tahun), Hadip Bin Adam (36 tahun), Azuan Bin Zazul (26 tahun) dan Fatiha Ayuni Binti Aini (15 tahun) sepatutnya pulang memancing pada pagi ini tetapi masih lagi belum pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Pengadu telah membuat laporan polis pada 9.51 malam.

Kesemua mangsa dikatakan menaiki sebuah bot kayu berbumbung, berwarna biru-putih, enjin pam 7 kuasa kuda dan mempunyai panjang lebih kurang 20 kaki. Pengadu juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang kampung telah keluar bagi membantu mengesan mangsa yang hilang.

Maritim Negeri Sarawak telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada 10.40 malam dan menubuhkan Pengkalan Hadapan CARILAMAT(PHC) di jeti Kompleks Tun Abang Salahuddin(KOMTAS). Pihak Maritim Negeri Sarawak juga telah memaklumkan kepada PPM, JBPM dan APM bagi membantu operasi CARILAMAT mangsa hilang tersebut.

Maritim Negeri Sarawak memohon jika orang awam mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini agar menghubungi segera Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s