Kereta musnah terbakar di Sibu

25 Ogos 2019 Sibu: Sebuah kenderaan dilaporkan terbakar di tempat letak kereta sebuah rumah kedai di Jalan Pedada, Sibu, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak terima laporan berhubung kejadian pada jam 6.18 pagi dan seramai 6 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dengan menggunakan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang di letakan di tempat letak kereta di bangunan kedai tersebut.

“Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, api berjaya dikawal daripada merebak dan operasi pemadaman terus dijalankan sehingga api padam sepenuhnya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.47 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s