EMPAT MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI BERDEKATAN SKIM SKRANG, KM52, JALAN BETONG – SRI AMAN AWAL PAGI TADI

Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan kargo dan kenderaan kereta Perodua Kancil telah bertembung di tengah laluan jalan raya.

Terdapat kesemua, enam (06) orang mangsa masih didalam kenderaan. Dua (02) mangsa tersepit di tempat duduk hadapan dan empat (04) mangsa lagi di tempat duduk belakang manakala pemandu dan kelindan lori selamat tanpa kecederaan.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas RTA _‘rescue tool’_ untuk kerja-kerja menyelamat sehingga kesemua mangsa dalam kendeeraan kenderaan Kancil berjaya dikeluarkan.

Empat (04) mangsa yang tidak sedarkan diri telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Ambulans.

Manakala, dua (02) mangsa lagi cedera parah masih sedar terus diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan seterusnya. Mangsa yang masih keadaan sedar ini berada di tempat duduk belakang. Kesemua mangsa kemalangan adalah lelaki dewasa.

Operasi ditamatkan pada pukul 3 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s