WARGA EMAS ANTARA 13 PENAGIH DIPERINTAH MENJALANI PEMULIHAN

Miri: Seramai 13 orang penagih berumur 24 hingga 62 tahun diperitahkan menjalani rawatan dan pemulihan kerana positif dadah jenis Methampetamine @ syabu dan disahkan oleh makmal patologi hospital Umum Kuching.

Kesemua mereka dirujuk kepada pegawai perubatan dan disahkan penagih. Perintah dijatuhkan oleh Majistret MD Syafique Bin MD Hilmie di Mahkamah Batu Niah semalam. Semua penagih berasal dari Bekenu dan Niah.

Lapan (8) orang didakwa mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983.

Kesemua tertuduh di perintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan dadah Kuching.

Selebihnya, termasuk seorang warga emas berumur 62 tahun, didakwa di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983, iaitu perintah pengawasan dalam komuniti.

Semua OKP disabitkan penagih perlu menjalani pengawasan selama dua tahun di AADK Daerah Daerah Miri manakala yang menjalani pemulihan di pusat pemulihan perlu melapor diri di AADK selepas bebas daripada pusat pemulihan.

Dalam kes berasingan, Seorang Ibu berumur 36 tahun dijatuhkan perintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (CCRC) Bachok, Kelantan oleh Mahkamah Majistret Miri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s