YB Abdullah Saidol menyampaikan sumbangan kewangan kepada tujuh organisasi

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol merangkap Ahli DUN N42 Semop pada Rabu (14 Ogos 2019)
menyampaikan sumbangan dana kepada tujuh organisasi berjumlah RM17,209.

Sumbangan kepada PIBG SK Semop berjumlah RM3,000; Tabung Kelab Polis Matu/ Daro (RM3,000); Surau Darul Mukmin IPD Matu/ Daro (RM3,000); JKKK Kpg Serdeng (RM1,500); PIBG SK Bakerkong (RM2,500); Pasukan Bola Sepak Kampung Kut, Saai dan Semop (RM2,376) dan Masjid al-Amin Kpg Semop (RM1,833).

YB Abdullah menyampaikan sumbangan itu di Masjid al-Amin, Kpg Semop, Daro.

Pada sebelah pagi, beliau menyaksikan dua upacara ringkas penyerahan tapak dua projek di Kpg Penipah dan Kpg Tekajong.

Projek Bina Baru Jambatan Dalam Kampung Penipah akan dibina dengan kos RM223,000 menggunakan dana di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab.

Manakala Projek Bina Baru Jambatan Jalan Bendahara di Kampung Tekajong akan dibina dengan kos RM167,000, menggunakan dana RTP Ahli Dewan Undangan Negeri Semop Abdullah.

Pada dua upacara itu, Penolong Jurutera JKR Daro Sukri Mohd Jamaludin menyerahkan dokumen projek kepada kontraktor di Penipah kepada Annuar Yusuf daripada Syarikat An Nur Pemborong Bumiputera.

Jamaludin turut menyerahkan dokumen projek di Tekajong kepada Haili Morni daripada Elli Enterprise.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s