108,000 LITER AIR SUNGAI BATANG BARAM DILEPASKAN DARI PESAWAT BOMBARDIER MARITIM MALAYSIA

Sejumlah 108,000 liter air sungai Batang Baram dilepaskan dari pesawat Bombardier CL415 milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini.

Lt Kdr Maritim Muhammad Saad mengetuai satu sortie penerbangan selama tiga jam tanpa henti dan melakukan kerja-kerja memadam kebakaran hutan paya gambut di Kuala Baram dengan kaedah ‘water bombing’.

Kebakaran yang berlarutan sejak 3 Ogos lalu menyebabkan keadaan berjerebu di Kuala Baram dan kawasan penempatan penduduk berhampiran, dengan bacaan kualiti udara berada pada tahap bahaya.

Keluasan kawasan yang terbakar ialah 104 hektar dengan 41.5 hektar berjaya dipadamkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zone Miri, yang bertugas 24 jam sehari di lokasi kebakaran.

#MaritimMalaysia

#AgensiPenguatkuasaMaritimMalaysia

#Putrajaya

kredit : Discover Lawas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s