5 SEKELUARGA NYARIS MAUT KERETA TERBABAS KE DLM GAUNGšŸ˜¢

Lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 29 Jalan Kuching Serian di sini pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian berkata, sebanyak 12 anggota di ketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Sim Mui Chai menggunakan Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan sebuah utiliti dikerahkan ke lokasi kejadiaan setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.07 pagi.

ā€œKereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh Liew Giew Hoong, 38, bersama empat anak-anaknya yang berumur antara 13, 6, 2, dan 1 tahun dalam perjalanan balik dari menghantar suami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung dan terbalik,ā€katanya.

ā€œKelima-lima mangsa diantaranya telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak kami tiba,ā€jelasnya.

Tambahnya lagi, kesemua mangsa terselamat dan hanya mengalami luka-luka dan telah di beri rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba.

Mangsa cedera di bawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 10.43 pagi katanya ketika dihubungi-SarawakEdition-

Kredit BBP Serian @ Khairol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s