MANGSA BENCANA BANJIR 2019 TERIMA BANTUAN WANG IHSAN

05 OGOS 2019, BETONG – Di Sarawak, semua mangsa bencana banjir bagi monsun timur laut 2018/2019 ataupun musim tengkujuh yang lalu telah menerima bantuan wang ihsan bencana banjir.

Bantuan wang ihsan bencana ini merupakan salah satu usaha kerajaan di dalam membantu rakyat ketika bencana banjir berlaku yang terikat dengan polisi dan prosedur yang sedia ada.

Atas pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, peruntukan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), selaku penyelaras dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai pelaksana majlis pemberian bantuan wang ihsan banjir di seluruh negara.

Tujuan pemberian bantuan wang ihsan adalah:

1. Sebagai tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab Kerajaan Malaysia dalam memberikan sumbangan kepada mangsa bencana yang terlibat.

2. Membantu meringankan beban mangsa bencana buat sementara waktu dan merupakan sumbangan ikhlas tertakluk kepada kadar-kadar dan kelulusan yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan

3. Membantu mangsa bencana memulakan kehidupan setelah dilanda bencana, namun bantuan wang ihsan ini bukanlah ganti rugi atau pun pampasan.

Pada tahun ini, bencana banjir telah berlaku di 9 buah daerah iaitu Kuching, Bau, Lundu, Simunjan, Betong, Pakan, Kanowit, Selangau dan Bukit Mabong. Sebanyak 1,339 keluarga telah diberi bantuan wang ihsan dengan bantuan berjumlah RM 669,500. Bantuan yang paling banyak disalurkan adalah di Daerah Kecil Debak,Betong iaitu melibatkan seramai 612 keluarga yang berpindah dan tidak berpindah di pusat pemindahan dengan peruntukan berjumlah RM306,000. setiap keluarga menerima RM 500 untuk sekali dalam kitaran musim monsun timur laut. Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan yang telah diadakan di Dewan Perpaduan Debak telah disampaikan oleh Tuan Sofhi bin Jebal, Pegawai Daerah Betong. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Nazari bin Bujang, Pegawai daerah Kecil Debak , Mejar (PA) Ismail bin Mahedin, Sekretariat JPBN Sarawak dan Kapten (PA) Husman bin Harto, Sekretariat JPBB Betong.

Bagi kelayakan penerima bantuan wang ihsan adalah:

1. Warganegara Malaysia yang memiliki MYKAD berwarna biru

2. Penerima adalah mangsa bencana

3. Jenis rumah adalah rumah kediaman

4. Berumur 18 tahun ke atas; dan

5. Hanya satu rumah yang terlibat layak untuk mendapat sekali bantuan wang ihsan bencana tanpa mengira isi rumah / keluarga

6. Kelayakan bantuan hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan. sekiranya bencana berlaku melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Disediakan oleh:

Mejar (PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s