PORT PENAGIHAN DI PULAU BRUIT,IGAN DAN DARO DISERBU!! TOKAN DADAH ANTARA 15 POSITIF SYABU DALAM OPS PERDANA AADK MUKAH

Sejumlah 15 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mukah dalam serbuan Ops Perdana yang berlangsung selama 3 hari di 3 lokasi berasingan.

Ketua Daerah AADK Mukah, Felynora Joseph Na berkata hasil ujian saringan mendapati kesemua 15 individu yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine.

“Pasukan AADK berjaya menahan kesemua penagih yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 35 tahun di Daro (5 tangkapan), Pulau Bruit (1 tangkapan), dan Igan (9 tangkapan).

Antara 15 positif dadah tersebut didapati seorang saspek yang mengaku menjadi tokan dadah, namun tiada sebarang bukti ditemui ketika serbuan dilakukan”.

Menurut Felynora, tangkapan kali ini turut melibatkan sepasang adik- beradik yang positif dadah. Tambahnya lagi, terdapat kawasan yang sukar dicapai seperti Pulau Bruit kerana halangan akses jalanraya, namun pihak AADK akan tetap berusaha untuk mengambil tindakan bagi memulihkan para penagih supaya mereka insaf seterusnya dapat berfungsi dalam keluarga dan komuniti.

Kesemua saspek ditahan di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s