Lelaki nyaris maut terlibat kemalangan dan kenderaan terbakar

Seorang lelaki nyaris maut, setelah kenderaan Perodua Viva yang dipandu terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Penrissen, Kuching di sini pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Arias bin Arshad, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.15 pagi dan sebanyak 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadiaan.

Jelasnya, kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik dan pembahagi jalan.

“Akibat dari pelangaran tersebut, kenderaan tersebut tiba-tiba terbakar. Mangsa seorang berjaya menyelamatkan diri sebelum kederaan tersebut musnah terbakar,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan awal dari Unit EMRS dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada pada jam 5.38 pagi, katanya ketika dihubungi.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s