YB Abdullah Saidol menyampaikan sumbangan RM179,500 untuk kawasannya N42 Semop.

Hari ini, 28 Julai 2019, YB Abdullah Haji Saidol menyampaikan sumbangan dana kepada 15 masjid, empat surau, tiga PIBG dan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Majlis itu diadakan pada pagi di
Masjid Darul Al-Amin, Kpg.Semop, Pulau Bruit, Daro.

Sejumlah RM179,500 sumbangan disampaikan.

RM117,500 daripada Abdullah, RM53,000 daripada Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab (RM53,000) dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIR) (RM9,000).

– Setiap Masjid menerima RM7,000 (15 Masjid)
– Setiap Surau menerima RM4,500 (Bagi Kpg yg tiada Masjid)

– Jumlah sumbangan untuk Masjid & Surau N42 Semop RM123,000.

YB Abdullah yang merupakan ADUN N42 Semop dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) juga menyampaikan sumbangan kepada tiga PIBG bagi membiayai aktiviti.

• PIBG SMK Semop (RM2,500)
• PIBG SK Teluk Gelam (RM2,000)
• PIBG SK Bruit (RM3,000)

Manakala JKKK Kpg Semop menerima
RM40,000 bagi pembinaan dua Projek Komuniti, iaitu:-
(i) Pembinaan Pondok Penyimpanan Perkakas Dapur JKKK Kpg.Semop.
(ii) Projek menaiktaraf Tempat Letak kenderaan Dewan Kpg Semop.

Turut disampaikan sumbangan daripada LAKIR kepada tiga kampung.
i. Kpg.Sebako – RM3,000
ii. Kpg. Paloh – RM3,000
iii. Kpg. Kedang – RM3,000.

YB juga menghadiri majlis yang seumpamanya di Surau Darul Ehsan, Kpg. Melayu Bintangor dan Masjid Kpg. Tjg Bundung pada sebelah petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s