Bekas Pelajar St Thomas Santuni Golongan Memerlukan

KUCHING: Bekas pelajar SMK St Thomas mencurahkan bakti kepada komuniti dengan memberikan sumbangan kepada keluarga daif di bandar raya ini.

Keprihatinan bekas pelajar itu tercetus selepas kejayaan mereka menganjurkan program pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan lepas.

Program itu bukan sekadar untuk menghulurkan bantuan tetapi menyelami kepayahan hidup penerima.

Penyelaras program, Ashdy Narawi berkata, program julung kali diadakan itu sebagai usaha untuk berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan.

“Kami meminta keikhlasan daripada bekas pelajar supaya menghulurkan sedikit wang,” katanya selepas program pengagihan bantuan hari ini.

Ashdy berkata, program itu bertujuan untuk menarik minat dan menggalakkan lebih ramai bekas pelajar menunaikan tanggungjawab sosial membantu golongan memerlukan.

Menurutnya, selain itu ia juga melahirkan semangat kerjasama antara bekas pelajar SMK St Thomas.

Penerima pertama merupakan penghidap asma kronik, Nurfahanah Aini Hasbi yang berusia 22 tahun dari Kampung Matang Lot.

Semantara itu, penerima kedua merupakan bapa tunggal yang membesarkan tiga anak yang hanya menyewa bilik di sebuah rumah di Taman Puteri.

Salah seorang anak penerima tersebut merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s