3 cedera dalam kemalangan

Kemalangan melibat sebuah lori dan dua buah motosikal di KM 27, Jalan Sarikei Sri Aman disini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zian Azizi bin Yusuf berkata, sebanyak 8 anggota diketuai oleh Pegawai Bomba (PB) Sylevester dikerah ke lokasi setelah terima panggilan berkaita kejadian pada jam 7.30 pagi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan buah sawit menghala dari Saratok ke Sarikei gagal mengawal kenderan lalu melangar sebuah motosikal yang berada dihadapan dan terbalik,” katanya.

Tambah Zian, seorang lelaki pembonceng motosikal dari arah yang sama yang berada di belakang lori turut terlibat dalam kemalangan setelah gagal mengelak.

Jelasnya, ketiga-tiga mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawak ke Hospital Sarikei oleh pihak perubatan.

Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dan sawit turut dibantu oleh Pihak Pan Borneo dan Syarikat lori terbabit. Operasi tamat pada jam 8.31 pagi,”katanya ketika dihubungi.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s