Perjuangan para YB kawasan pesisir kian berhasil

Perjuangan Wakil-wakil Rakyat dari kawasan pesisir semakin membuahkan hasil dan menjadi kenyataan apabila projek pembinaan jambatan di Daro kini telah bermula dengan kerja-kerja penyiapan tapak.

Dua jambatan itu ialah Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh yang merupakan sebahagian jalan pesisir Sarawak.

Satu mesyuarat telah diadakan pada 17 Julai 2019 di Pejabat Daerah Daro yang dipengerusikan Menteri Muda Jalan Pesisir, YB Datuk Julaihi Narawi dan dihadiri Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, YB Abdullah Haji Saidol, ADUN Daro, YB Safiee Ahmad serta Pegawai Daerah Daro, Encik Bujang.

Mesyuarat itu bagi membincangkan Majlis Pecah Tanah dua projek jambatan yg akan menghubung Pulai Bruit ke Daro (Btg Lassa) dan ke arah Serdeng (Batang Paloh).

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan melakukan pecah tanah pada 21 Ogos depan.

Kos pembinaan dibiayai kerajaan negeri Sarawak sepenuhnya demi melihat pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar tidak terabai.

YB Abdullah berkata dua kontraktor yang dipilih melalui Open Tender telah mula bekerja penyediaan tapak sejak dua bulan lepas.

Beliau merupakan ADUN N.42 Semop melahirkan rasa gembiranya dengan pelaksanaan projek ini kerana akan turut memberi impak kepada warga di kawasannya.

Pulau Bruit yang berada dalam kawasan N.42 Semop kini dihubungkan menggunakan feri muara Batang Lassa di bahagian utara, dan feri Batang Paloh di bahagian selatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s