Kereta remuk selepas terlibat dalam kemalangan.

DUA mangsa cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Lorong Setia Raja 4, Tabuan Laru, Kuching di sini pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak terima panggilan pada jam 03.56 pagi. Seramai lapan anggota di ketua olehKetua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Chaplin Wan dengan menggunakan sebuah Fire Rescue Tander (FRT) telah diatur gerak ke lokasi.

Menurut Chaplin, kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira bernombor yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang lagi rakan hilang kawalan lalu melanggar tembok pembahagi jalan.

Ekoran daripada pelanggaran tersebut, keadaan kereta yang dinaiki remuh dibahagian hadapan dan telah menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit,”katanya.

Tambahnya lagi, pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa pertama tersepit di tempat duduk pemandu iaitu Franklin Kandau anak Jimmy, 19, dikeluarkan dalam masa 13 minit manakala seorang lelaki tersepit di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan dikenali sebagai Chong Yong Sen, 19, berjaya dikeluarkan 6 minit selepas itu.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulan untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak dan operasi ditamatkan pada jam 4.55 pagi,’katanya ketika dihubungi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s