Wanita melecur disambar

Kuching: Seorang wanita melecur akibat disambar api dalam kejadiaan di Jalan Petanak di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Hashim Ramelan berkata, seramai sebelas anggota menggunakan sebuah Fire Rescue Tander (FRT) dan sebuah Jentera unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Awang Jepri bin Awang Joni bergegas kelokasi kejadian setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.52 malam.

Menurut Hashim, kejadian berlaku di sebabkan kerana gas yang bocor terperangkap di ruang kecil dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik ketika mangsa hendak menyalakan api semasa hendak memasak di dapur.

Jelasnya, hasil pemeriksaan didapati kebocoran pada regulator menyebabkan gas tersebut keluar tanpa disedari sehinggalah sambaran tersebut berlaku.

“Seorang wanita cedera melecur dibahagian muka, tangan dan kaki tahap II diberi rawatan awal oleh Unit EMRS kemudian diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan,” katanya.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s