PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR “JKM MASOK KAMPONG”

SAMARAHAN KAMPUNG MANG 06 Julai 2019-

Sebanyak 40 penduduk daripada golongan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir menjayakan Program Transformasi Luar Bandar(TLB) ”JKM MASUK KAMPUNG”

Program ini dilaksanakan bagi membuat persiapan kampung untuk dicalonkan ke pertandingan Anugerah Desa Perdana yang dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah(KPLB).

Program ini dipengerusikan oleh Ybhg.Datu Jaul Samion,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak serta dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.

Antara objektif perlaksaan program ini juga memperkenalkan perkhidmatan-perhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian samarahan serta membina sikap prihatin dan penyayang masyarakat dengan adanya program cari dan bantu bagi golongan yang berkeperluan,pendaftaran golongan OKU dan juga dapat menjalinkan tali silaturahim diantara kakitangan PKMB Samarahan dengan pencucuk Kampung Mang.

Menurut salah seorang dari peserta program Pesara Cikgu Haji Saat Bin Suhai ,berpendapat program ini banyak mengetengahkan skim-skim bantuan yang sedia ada di Jabatan kebajikan Masyarakat dan sebelum ini penduduk kampung hanya mengenal JKM melalui bantuan bulanan sahaja. ‘Walaupun mengambil masa yang singkat, banyak impak yang diperolehi melalui slot sepanjang program’ ,kata beliau yang turut merupakan salah seorang peserta program Jabatan.

Menurut Penghulu Kampung Mang laitu Encik Haji Othman Bin Rayan kali ini beliau amat berpuas hati akan keperihatinan pihak JKM memandangkan telah menganjurkan program sedemikian dan mendapat sambutan baik,walaupun hanya berskala kecil impak positif sangat ketara dan rata-rata peserta program memahami akan peranan JKM bukan sahaja daripada segi memberikan bantuan semata-mata,walaupun peserta dikalangan kampung mang zon 4 sahaja namun beliau berhasrat agar pihak jkm akan menganjurkan lagi program seperti ini untuk zon lainnya,tambah beliau lagi.

Program ini juga tidak terhenti di perkarangan Masjid Kpg Mang sahaja malah pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada lima buah rumah menerusi Program ”Cari Dan Bantu” bagi penerima bantuan yang memerlukan bantuan segera,Program ini juga turut disertai serta dijayakan oleh Pegawai Kebajikan Bahagian Samarahan Puan Sharifah Ranimah Binti Wan Hashim,Encik Mohamad Nadsmi Bin Othman Ketua Unit Pembangunan Kesejahteraan Sosial PKMB Samarahan dan Cik Rezemah Binti Azool Ketua Unit Pembangunan Ekonomi PKMB Samarahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s