TERKINI : SEBUAH RUMAH RUNTOH DI KPG SAMARIANG BATU PETRA JAYA

Kuching: Dua orang cedera apabila sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) runtuh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Samariang Batu di sini pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam, Kaptn Mohd Johari bin Mohd Taufik berkata, mangsa seorang wanita berusia 64 tahun dan seorang lelaki berumur 19 tahun, cedera ringan dalam kejadian itu.

Beliau berkata semasa kejadian, 4 orang berada di dalam rumah berkenaan.

“Mereka yang lain selamat kecuali dua orang mengalami cedera ringan dalam kejadian itu,” katanya di sini pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 8.45 pagi dan lima anggota berserta dua buah ambulan dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, anggota APM memberi rawatan awal kepada dua mangsa yang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Umam Sarawak bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, kejadian tersebut menyebabkan keseluruhan struktur rumah PPR berkenaan roboh dan tidak dapat didiami.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s