SK BRUIT,DARO SARAWAK MERANGKUL JOHAN EMAS PERTAMA KESELURUHAN INOVASI KEBANGSAAN 2019

Tiada kata-kata dapat diungkapkan melainkan syukur kehadrat Ilahi atas penganugerahan yang tidak disangka sangka ini .

Satu permulaan dan pengalaman baru buat sekolah pedalaman tahap dua seperti kami SK Bruit, Daro

Pengalaman membawa pelajar sekolah pedalaman dalam golongan sosioekonomi yang rendah dan sederhana ini banyak memberi erti buat kami guru di SK Bruit.

Kejayaan itu pasti menjadi satu matlamat yg besar buat sesuatu sekolah, tetapi bagi kami guru Sk Bruit, kejayaan membawa pelajar pedalaman ini dari kelompok kesusahan infrastruktur dan mendedahkan mereka dengan dunia luar adalah kejayaan besar buat kami.

Dengan menggunakan bot selama tiga jam dan menaiki kereta ini adalah satu pengalaman yang terindah.

Kesusahan dan kekurangan itu tidak menjadi satu penghalang untuk mendapatkan kejayaan seperti ini.

Seramai 130 penyertaan dari seluruh malaysia dan kami bersaing bersama orang hebat seperti pensyarah dan pelajar IPT/IPG.

Saya Cikgu Hariz ( Ketua Pasukan Inovasi) dan dibantu oleh Cikgu Matusup (TEAM RESEARCH ) Cikgu Adri Maili ( TEAM DESIGN GRAPHIC ) Cikgu Tarmizi ( TEAM REKA BENTUK CIPTA) , Peserta Inovasi Adik Mohd Dzulkarnain Sim, Adik Mohd Aiman Ismail, Adik Awang Aryan dan Adik Mohd Ikhmal Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan Guru Besar SK Bruit Mohardin Bin Mohatar, PPD Daro serta JPN Negeri Sarawak yg sentiasa memberikan dorongan serta sokongan buat kami dalam menjayakan projek Inovasi ITSB ini .

Tidak lupa juga, tulang belakang kejayaan kami ini adalah sokongan dana daripada pelbagai pihak seperti ADUN Semop YB Abdullah Saidol dan Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab, TEGAS dan PETRONAS.

Tanpa mereka, kami tidak dapat melangkah sejauh ini.

Kejayaan itu bonus, yang penting adalah kejayaan membawa pelajar keluar dan merasai pengalaman itu adalah penting.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s