PELAJAR PEREMPUAN CEDERA MOTOSIKAL DITUNGGANG TERBABAS KETIKA BALIK SEKOLAH

SEBUAH motosikal yg ditunggangi seorang pelajar perempuan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dekat Bulatan Tun Abg Hj Openg(berhampiran IPD Sibu) lewat petang tadi.

Mangsa mengalami kecederaan luka lebam di mata dan mengadu sakit di bahagian dada dan bahu.

Menurut jurucakap APM Sibu ,Sjn (PA) Kamisah Bt Rais,anggota APM Sibu yg berada di lokasi bertindak memasang “Servical Collar” dan mengalih mangsa ke stretcher ambulan.

Mangsa seterusnya dikejarkan ke hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.