PEKERJA LADANG MAUT DI HEMPAP JENTERA “MOTOR GRADDER” DI LADANG SAWIT ,JLN MIRI BINTULU

Seorang pekerja maut selepas dihempap jentera “Motor Gradder” dipandunya yang terbabas dan terbalik sebuah ladang sawit di Jalan Miri-Bintulu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Ugak anak Balak, 67, ditemui pekerja lain dalam keadaan ditindih jentera berkenaan selepas melihat jentera itu terbalik.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Rorudi bin Oumas berkata, seramai sembilan anggota menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Servis (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas terima panggilan pada jam 3.23 petang.

Jelasnya, jarak dari balai adalah 95 KM dan mengambil masa hampir 2 jam 11 minit untuk tiba kelokasi kejadian.

“Setiba dilokasi kejadian mendapati seorang lelaki dihempap oleh sebuah jentolak, yang kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan.

Beliau berkata anggota bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa daripada bawah jentera terbabit dengan menggunakan peralatan khas “hydraulic cutter” dan dengan bantuan sebuah jentolak yang berada di lokasi berkenaan.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.17 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya lagi, operasi tamat pada jam 6.20 petang.

Mangsa Ugak ak Balak ,67 tahun berasal dari Rumah Etap Sungai Medang Sibuti maut di tempat kejadian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s