Motosikal terbakar dihalaman rumah

Kota Samarahan: Sebuah buah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di tempat letak motosikal di Lorong 3F2D Taman Samarindah, Kota Samarahan di sini petang tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.19 petang itu hampir merebak dan mengakibatkan bahagian siling rumah hampir terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, Pegawai Bomba (PB) Bayok anak Manggoi berkata, pihaknya yang menerima laporan kejadian itu melalui talian kecemasan 999 pada jam 5.19 petang. Sebuah Fire Rescue Tander (FRT) dan Emergency Medical Rescue Servis (EMRS) bersama 8 anggota bergegas ke lokasi kejadiaan.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian mendapati api telah pun berjaya dipadam oleh pemilik dari merebak ke siling rumah.

Semasa kejadiaan isteri bersama anaknya berada didapur manakala pemilik tidur di dalam bilik,”katanya lagi.

Menurutnya lagi, pemilik tersedar selepas terdengar seperti bunyi hujan. Apabila keluar, beliau terkejut motosikal yang diletakkan di halaman rumah sedang terbakar.

“Tindakan pantas beliau memandam kebakaran dengan menggunakan air telah berjaya mengawal serta memadam kebakaran dari terus merebak,” katanya lagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kredit gambar fairus jamain

-wiralaam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s