Abdullah Saidol bergawai raya bersama warga N42 Semop

Tiada yang lebih bermakna pada awal Jun ini apabila dua perayaan iaitu Gawai dan Aidilfitri diraikan warga Sarawak yang hidup dalam sussana aman dan harmoni sejak turun temurun.

Sambutan dua perayaan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga, tetapi menjadi wadah wakil rakyat merapatkan hubungan dengan warga di kawasan, dan bertukar-tukar pendapat tentang pembangunan.

Peluang sebegini tidak dilepaskan YB Abdullah Haji Saidol yang merupakan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.42 Semop dan YB Yusuf Abd Wahab, Ahli Parlimen Tanjong Manis.

“Perayaan Gawai dan Hari Raya yang diraikan hampir serentak pada tahun ini mungkin bukan satu kebetulan. Mungkin kejadian ini satu rahmat dan isyarat dari Tuhan kepada semua warga Sarawak untuk terus bersatu dan sentiasa kekalkan keakraban sesama kita tanpa mengira kaum dan agama,” kata YB Abdullah.

YB Abdullah berkata demikian ketika melancarkan jerayawara Program Gawai Raya Bersama Masyarakat di N42 Semop yang bermula di Rumah Panjang Mudai di Sg.Sian, Bintangor, pada 13 Jun 2019.

Program Ramah Tamah Gawai Raya ini akan diadakan sehingga 24 Jun meliputi 26 destinasi kampung-kampung serta Rumah-rumah Panjang dalam kawasan N42 Semop.

Selain dari acara bermiring dan giling bidai, diadakan juga persembahan hiburan, pertandingan dan cabutan bertuah.

YB juga menyampaikan sumbangan kepada JKKK setiap rumah panjang dan angpau Gawai Raya kepada kanak-kanak sekolah di setiap destinasi majlis itu diadakan.

Sumbangan kepada lapan JKKK Rh Panjang di kawasan Sungai Sian ialah RM40,000 daripada YB Yusuf Abd Wahab dan RM80,000 daripada YB Abdullah Haji Saidol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s