PENUMPANG CEMAS😬 APABILA BOT EXPRESS BERASAP

Song: Seramai 136 penumpang bot ekspres berdepan detik mencemaskan apabila enjin bot ekspres yang dinaiki berasap di bahagian enjin di Terminal Bot Ekspres Song di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nasihin Jaum berkata, sebuah  Light Fire Rescue Tender(LFRT) bersama empat anggota bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada jam 11.55 pagi dari orang awam berkaitan kejadian.

“Kejadiaan disedari oleh salah seorang penumpang bot ekspres apabila melihat kepulan asap putih keluar dari ekzos bot ekspres.

Menurutnya, bot ekspres yang dijadualkan akan memulakan perjalanan dari Song ke Sibu.

“Penumpang cemas dan jurumudi bot ekspres mengarahkan kesemua penumpang keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba untuk bantuan,’ katanya.

Menurutnya, bot ekspres berkenaan tidak terbakar dan cuma mengeluarkan asap berlebihan dari ekzos berpunca disebabkan enjin tidak berfungsi dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, semua penumpang terbabit sudah keluar. Pihak Bomba hanya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada 12.53 tegah hari.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s