5 terselamat dalam dua kemalangan berasingan

Tiga lelaki termasuk seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Gaya, Lawas pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.38 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dipercayai terbabas dan merempuh sebatang pokok.

Menurut Penolong Pegarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 pagi berhubung kemalangan berkenaan.

“Sepasukan anggota bersama sebuah jentera FTR dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati tiga mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan sementara seorang lagi mangsa di tempat duduk penumpang di bahagian belakang cedera dan memerlukan bantuan pihak bomba.

“Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan mangsa seorang wanita berumur 28 tahun. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Lawas bagi mendapatkan rawatan”,katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki terselamat selepas van jenis Nissan Vanette yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Persisiran Pantai, Miri di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 11.10 malam tadi, van terbabit terbabas ketika melalui kawasan tersebut dipercayai akibat permukaan jalan yang licin.

Tiong berkata, pemandu gagal mengawal kederaan lalu terbabas dan terjunam ke dalam parit.

“Sepasukan anggota bomba dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri, diketuai oleh PB Kebing Ngau kemudian bergegas ke lokasi kejadiaan setelah menerima panggilan berkaitan kemalangan tersebut pada jam 11.10 malam.

“ Sebaik tiba, anggota mendapati pemandu van tersebut telah berjaya keluar dan tiada di lokasi kejadiaan dan telah di jemput oleh rakan beliau,” katanya.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s