Lima lelaki terselamat pacuan empat roda jatuh gaung sedalam 10 meter

Seorang cedera empat terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Kem Balak Lajan, Song, pagi tadi.

Dalam kejadian berhampiran kem balak Lajan – Song itu, empat rakan mangsa dilaporkan hanya cedera ringan dan berjaya keluar dari kenderaan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Sarawak, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada 08.05 pagi.

“Kita menerima laporan mengatakan sebuah kenderaan pacuan empat roda telah terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

“Semasa pasukan bomba tiba di tempat kejadian, empat penumpang telah berjaya keluar dari kenderaan tersebut manakala pemandu mengalami kecederaan dibahagian kaki kiri dan tidak dapat berjalan.

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa dan membawa ke tempat selamat,” katanya.

Operasi yang tamat pada 09.10 pagi itu melibatkan sebuah utiliti Hilux dengan kekuatan enam anggota.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s