Seorang maut dua cedera dlm kemalangan di Kuala Serupai Tatau

Seorang wanita maut, manakala dua beradik cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang di tepi jalan berhampiran dengan Kuala Serupai, Tatau disini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.29 petang itu penumpang duduk dihadapan Siti Khalimah binti Lai, 26, maut di tempat kejadian manakala dua lagi sepupu mangsa iaitu pemandu kereta Rozina binti Narawi, 31, dan abang, Juraimia bin Narawi, 45, penumpang di bahagian belakang cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nazari bin Harun berkata, maklumat awal mendapati kenderaan mangsa dari Bintulu menghala ke Mukah.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandunya menyebabkan ia hilang kawalan.

“Kereta dipandu terbabas lalu melanggar penghadang jalan mengakibatkan keadaan kereta remuk di bahagian hadapan.Mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis manakala dua mangsa yang mengalami kecederaan itu dibawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan.Operasi ditamatkan pada jam 5.30 petang.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s