Tiga bersaudara lemas telah dijumpai

Sibu: Dua lagi kanak-kanak bersaudara yang hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi-manda di Sungai Nanga Tutus dekat pada 29 Mei 2019 sini telah dijumpai pagi ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kanak-kanak perempuan Nurul Sahierah Salam, 13 thn dijumpai pada jam 7.05 pagi. Seorang lagi kanak-kanak lelaki Trance Gong, 14, dijumpai pada jam 7.20 pagi. Manakala Trisha Janggok, 12, dijumpai pada pagi kelmarin.

“Menurut bapa saudara mangsa, ketiga-tiga mereka terjun ke dalam sungai untuk mandi manda sebelum naik semula ke jeti. Selepas terjun untuk kali kedua, ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan lagi,” katanya.

Operasi SAR hari ke tiga ditamatkan pada jam 8.00 pagi.

Leave a Reply