Sudahlah kami ni miskin. Laki x boleh kerja, asyik menagih. Saya nak kerja tapi hanya boleh kerja kampung. Ambil upah kemas rumah orang kampung dan kerja2 kampung.

Jadilah sehari dapat Rm10. Nak kerja kilang ada anak kecik, anak 5 orang semua kecik2.

RM10 tu boleh beli apa sangat. Satu hari, saya beli maggie sebungkus besar dan telur 5 bijik untuk jamu anak. Sehari dapat makan sekali je.

Lepas tu suami tiba2 masuk rumah. Saya ajak dia makan tapi tiba2 dia mintak duit nk beli dadah.

Saya kata tak ada duit, baru beli maggie untuk makan.

Dia mengamuk sebab x dapat duit, habis ditendangnya maggie yang baru masak.

Jangan cakap lah sebak di dada tu macam mana. Anak2 mengalir air mata. Lepas suami pergi, anak2 kutip ja maggie tu masuk mangkuk sambil makan dgn air mata meleleh.

Saya menyesal kawin dengan suami saya, andainya boleh putarkan waktu, baik saya ****** diri dari sengsara macam ni.

Fiksyen: Berdasarkan cerita sebenar

-stirfry-

Kredit: Taiping Zone

Leave a Reply